Ahad, 26 Jun 2011

Karnival Kerjaya, Perniagaan & Kemahiran (KEPAK 2011)

Salam,

Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar serta rakyat malaysia amnya tentang peluang kerjaya dan peluang pekerjaan yang boleh mereka ceburi.
Kajian telah mendapati pada 15 tahun akan datang keluarga yang berpendapatan yang jumlahnya RM 3k adalah dalam golongan yang miskin.
Justeru itu, KEPAK telah membuka peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh seluruh rakyat malaysia sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan 15 tahun akan datang.
Itulah serba sedikit info tentang KEPAK.
Saya serta rakan-rakan telah bertugas selama 2 hari sebagai pemandu arah bagi memudahkan pergerakan para pelajar yang datang untuk melihat sendiri kerjaya-kerjaya yang boleh mereka ceburi.
Kelihatan para pelajar yang datang ke karnival ini pulang dengan membawa seribu satu keyakinan bahawa banyak peluang pekerjaan pada masa hadapan yang sedang menanti mereka.
Lihatlah aksi-aksi kegembiraan serta keyakinan para pelajar.















Begitulah aksi-aksi serta wajah-wajah kegembiraan serta keyakinan yang ditampilkan oleh para pelajar. Harapan saya moga mereka dapat memikirkan serta memilih kerjaya yang sesuai dengan diri mereka.. InsyAllah.. Amin.~

Sekian.

1 ulasan: