Selasa, 7 Jun 2011

Kampung Time!!

Salam,


Minggu lepas saya balik kampung, seronok yang teramat, bacalah kisah yang aku coret masa di kampung....


Baru sehari di kampong sudah terasa nikmatnya. Alangkah indah jika dapat duduk untuk jangka masa yang panjang. Kampungku tidak mempunyai rangkaian internet, nak pergi ke ‘cyber cafe’ malas, kerana hendak menikmati suasana kampong sepuas-puasnya. Hari pertama aku hanya menikmati pemandangan serta menghirup udara yang segar. Rumah nenek sedah diubahsuai, selepas ini besarlah umah nenek aku, nanti nak ajak rakan-rakan buat trip balik kampong. Boleh merasai suasana kampong dan juga dapat pergi ke tempat-tempat yang menarik seperti  ‘Wet World Batu Pahat’, Kolam Air Panas Sg. Gersik, Jalan-jalan dekat Bandar Muar, kat Bandar Batu Pahat , dan sebagainya. Banyak betul perancangan!! Owh, lupa nak bagitahu, aku pulang ke kampong bersama keluargaku (ibu dan adik-adik), sebab cuti sekolah. Ayahku bertugas kat luar Negara (Vietnam-Perstima) , selalunya abang atau akak aku yang akan membawa keluargaku jalan-jalan, sebab aku x suka jalan-jalan sangat (adik-adik aku nakal), tapi sebab abang dan akak aku keje dan aku tengah cuti sem, aku pown bawaklah keluargaku pulang ke kampong, boleh tenangkan fikiran,minda dan hati.

Hari kedua mak aku dah ajak pergi ‘Wet World Batu Pahat’, pergh!! Seronok!! Mandi manda!! Seperti mana yang aku bagi tahu tadi, adik-adik aku memang nakal. Lagi-lagi yang paling kecil sekali, memang tidak sanggup nak jaga. Dah lah kecil tapi sungguh berani dengan air. Mengerikan, tapi dia akan belajar dari pengalaman. Masa mandi, aku kongsi sedikit ilmu air dengan adik-adik aku. Mereka seronok apabila aku kongsikan ilmu aku kepada diaorang. Tidak dapat bayangkan keseronokkan adik-adik aku ini.

Bayaran Masuk

1 st Snap




                









Selesai  mandi, kitaorang terus balik rumah nenek. Semua kepenatan, bersihkan badan dan terus berehat. Semua tidur awal malam ini. Esok petang nak pergi Kolam Air Panas lak.

Hari Ketiga
Bangun lambat, penat yang teramat. Petang aku pergi ke Kolam Air Panas Sg. Gersik, gembira dapat pergi, dapat tenangkan minda sambil menyihatkan badan. Tetapi aku tidak mandi lama, kerana kepala pening, mungkin dah lama x pergi mendapatkan rawatan. Kolam Air Panas ini mempunyai air panas yang semulajadi.Sejarahnya kalau nak diceritakan agak panjang, mungkin nanti aku akan membuat satu tajuk tetang kolam ini. Aku pergi bersama 3 orang adik aku, kurang menyeronokkan sebab mereka kecik dan tidak berani masuk ke dalam air panas, mereka Cuma bermain di tepi sahaja. Aku berendam sekejap sahaja kerana tiada pesaing. Kelakarkan, mandi pown kena ada pesaing, tapi mesti cuba dahulu baru tahu.






Hari Keempat
Hari ini bangun awal,sebab hidung meragam.  Tengahari main ‘play station’ ngan adik-adik, petang, mak aku ajak pergi ke kebun dekat Pt. Guntong, nak pergi ambik pisang, sambil-sambil minum kelapa muda. Kebun ini adalah kebun arwah atuk, ada sebuah rumah dekat ngan kebun iaitu tok busu, rumahnya memang menarik, dia ada bela Arnab, comel-comel. Rasa seronok dapat berkebun, aku mengupas kelapa, dah lama tidak lakukan rasa kekok lak. Selepas pergi kebun kami ke rumah mak sedara aku kat Sg. Nibong. Bersihkan diri dan makan malam di sana. Selepas itu, pulang ke rumah nenek. Esok dah nak balik Pasir Gudang, rasa berat pula hati ini nak tinggal kan kampong, seronok dan gembira.











Begitulah kisah aku di kampung. Harap seronok membaca. :)

<maaf tidak sempat kemaskini, tengah malas>

Sekian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan