Jumaat, 5 Ogos 2011

Minggu Keusahawanan

Salam,

Jabatan Keusahawanan Politeknik Johor Bahru akan mengadakan minggu keusahawanan pada 08-11 Ogos 2011. Bagi kelas yang mengambil modul keusahawanan, mereka diminta untuk mendirikan bazar dan menjual produk yang telah di bincangkan.

Bagi kelas saya antara produk yang akan dijual adalah, air, mee goreng, kuew tiew goreng, kad topup, kad raya dan sebagainya. Marilah datang beramai-ramai ke gerai kami bertempat di Kantin Politeknik Johor Bahru.

antara produk yang di jual

antara tawaran yang akan diberikan


Sekian.. terima kasih.

Berita Baik!!!

Salam,

Selepas majlis watikah itu tamat, saya menerima satu panggilan telefon dari Mr. Jaya (sifu), beliau mengucapkan tahniah dan saya rasa pelik, tetapi selepas dia kata saya telah lulus dalam Ujian Radio Amatur barulah saya rasa gembira.

Pada bulan 6/2011 saya dan rakan-rakan seperjuangan telah pergi bertempur di medan perang yang bertempat di ;New York Hotel' Johor Bahru. Setelah hampir dua bulan mempelajari serta memahami ilmu berkaitan radio amatur, saya dan rakan-rakan pergi bertempur. Dan keputusan pertempuran keluar pada 03/08/11 iaitu sebulan selepas pertempuran berlaku. Tetapi malangnya, hanya 2 orang sahaja yang berjaya iaitu saya dan pika. Selebihnya gagal di medan pertempuran.

Rakan-rakan jangan risau dan jangan mengalah, tahun depan ada, cuba lagi. Saya akan membantu mengajar anda semua jika anda betul-betul berminat.

Selepas dah lulus ujian, langkah seterusnya adalah memohon lesen untuk mendapatkan 'Call Sign'. Hmmm.. Nak guna 'Call Sign' apa eak?? Buat masa ini yang terlintas '9W2 OLT', insyAllah.

Lepas ini, benda ini jadi teman sepermainan.


Yang ini pown sama.


Sekian.

Majlis Watikah Perlantikan JPP PJB sesi JUN 2011

Salam,

Majlis watikah ini diadakan untuk memberi mandat kepada para pelajar yang telah terpilih untuk menjadi perantaraan iaitu mendengar suara pelajar serta membawa kepada pihak atasan.

Watikah ini adalah sebagai satu amanat yang diturunkan untuk mereka yang menerimanya menjalankan tanggungjawab yang telah diberi. Justeru, pelajar yang dipilih bukanlah dari kalangan yang biasa, kerana orang yang berfikiran luar biasa sahaja yang mampu atau sanggup memikul amanat yang akan diberikan.

Semoga tampuk kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat diurus dengan baik dan berkepimpinan, ini kerana mereka dipilih atas suara pelajar, melalui Pilihan Raya Kampus.

Di sini ada serba sedikit suasana majlis watikah tersebut:

Tempat berlangsung Watikah
Penerima-penerima watikah
Juadah berbuka
Para jemputan yang hadir

Gelagat ketika mengambil juadah

Barisan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Johor Bahru
Barisan Majlis Tertinggi bersama Exco-exco serta timbalan
Tulang belakang yang menjayakan majlis watikah perlantikan ini
Layanan mesra daripada staf Hotel Selesa, Pasir Gudang.
Tema ala-ala kampung sempena bulan Ramadhan oleh staf Hotel Selesa, Pasir Gudang
Mohd Zahril Bin Saleh - Segak bergaya

Sekian.. terima kasih.

Selamat Berpuasa :)


Salam,

Walaupown sudah seminggu kita berada dalam bulan ramdhan, tetapi saya baru ingin mengucapkan salam ramadhan al-mubarak kepada seluruh warga muslimin serta muslimat.

Puasa tahun ini, saya harap dapat memberi seribu perubahan kepada diri saya, ini kerana setiap kali bulan ramadhan, kita sebagai umat islam dapat mengenali diri kita dengan lebih dekat lagi. Dan dengan itu kita dapat mengubah diri kita menjadi yang lebih baik lagi.

Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada umat muslimin serta muslimat dan semoga bulan ramadhan pada tahun ini memberi erti kehidupan kepada anda-anda semua.
Sekian, terima kasih.