Ahad, 12 Jun 2011

PERASAAN,SIKAP & GAYA

Salam,

Ada satu perasaan yang bermain di hati ini, perasaan apakah ini? Kenapa saya begitu ego? Kenapa saya tidak boleh terima cara orang lain?

Mengapakah perasaan ini datang? Apakah makna disebalik perasaan ini?

Mungkin itu semua persoalan yang perlu saya sendiri jawab. Tetapi apakah saya mampu menjawabnya dengan sendiri? Lagi satu persoalan telah keluar dari benak pikiran saya.

Kata-kata semangat untuk diri saya yang boleh membuatkan saya tempuh semua ini dan berubah ke arah kebaikkan.

Sikap yang merendah diri kadang-kadang boleh memakan diri saya sendiri. Perlukah semua ini berlaku terhadap saya? Persoalan demi persoalan yang perlu dijawab.

Dunia ini penuh rintangan, liku-liku kehidupan perlu ditempuh, salah pilih jalan musnah masa depan, tetapi tidak bermakna gagal sekali gagal untuk selamanya.

Gaya hidup yang macam mana yang sedang saya lalui? Persoalan lagi, mungkin saya perlu tabah dan pergi muhasabah diri untuk lebih mengenali diri saya.

Sungguh agung ciptaan yang maha esa, setiap persoalan pasti ada jawapan dan pasti ada jalan penyelesaian. Cuma perlu masa serta usaha yang gigih. 'Bukan Senang nak Senang & Bukan Susah nak Susah'.


Sekian.

1 ulasan:

  1. sabar la..hee~~
    nape xnak share?

    BalasPadam