Jumaat, 5 Ogos 2011

Majlis Watikah Perlantikan JPP PJB sesi JUN 2011

Salam,

Majlis watikah ini diadakan untuk memberi mandat kepada para pelajar yang telah terpilih untuk menjadi perantaraan iaitu mendengar suara pelajar serta membawa kepada pihak atasan.

Watikah ini adalah sebagai satu amanat yang diturunkan untuk mereka yang menerimanya menjalankan tanggungjawab yang telah diberi. Justeru, pelajar yang dipilih bukanlah dari kalangan yang biasa, kerana orang yang berfikiran luar biasa sahaja yang mampu atau sanggup memikul amanat yang akan diberikan.

Semoga tampuk kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat diurus dengan baik dan berkepimpinan, ini kerana mereka dipilih atas suara pelajar, melalui Pilihan Raya Kampus.

Di sini ada serba sedikit suasana majlis watikah tersebut:

Tempat berlangsung Watikah
Penerima-penerima watikah
Juadah berbuka
Para jemputan yang hadir

Gelagat ketika mengambil juadah

Barisan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Johor Bahru
Barisan Majlis Tertinggi bersama Exco-exco serta timbalan
Tulang belakang yang menjayakan majlis watikah perlantikan ini
Layanan mesra daripada staf Hotel Selesa, Pasir Gudang.
Tema ala-ala kampung sempena bulan Ramadhan oleh staf Hotel Selesa, Pasir Gudang
Mohd Zahril Bin Saleh - Segak bergaya

Sekian.. terima kasih.

2 ulasan: