Selepas majlis watikah itu tamat, saya menerima satu panggilan telefon dari Mr. Jaya (sifu), beliau mengucapkan tahniah dan saya rasa pelik, tetapi selepas dia kata saya telah lulus dalam Ujian Radio Amatur barulah saya rasa gembira.
Pada bulan 6/2011 saya dan rakan-rakan seperjuangan telah pergi bertempur di medan perang yang bertempat di ;New York Hotel' Johor Bahru. Setelah hampir dua bulan mempelajari serta memahami ilmu berkaitan radio amatur, saya dan rakan-rakan pergi bertempur. Dan keputusan pertempuran keluar pada 03/08/11 iaitu sebulan selepas pertempuran berlaku. Tetapi malangnya, hanya 2 orang sahaja yang berjaya iaitu saya dan pika. Selebihnya gagal di medan pertempuran.
Rakan-rakan jangan risau dan jangan mengalah, tahun depan ada, cuba lagi. Saya akan membantu mengajar anda semua jika anda betul-betul berminat.
Selepas dah lulus ujian, langkah seterusnya adalah memohon lesen untuk mendapatkan 'Call Sign'. Hmmm.. Nak guna 'Call Sign' apa eak?? Buat masa ini yang terlintas '9W2 OLT', insyAllah.
Lepas ini, benda ini jadi teman sepermainan. |
Yang ini pown sama. |
Sekian.
tahniah badak
BalasPadam