Jumaat, 29 Julai 2011

Bengkel Usahawan Politeknik Zon Selatan

Salam,

Saya baru sahaja mengikuti bengkel keusahawanan politeknik zon selatan, yang diadakan di Politeknik Port Dickson.
Mungkin rezeki saya dan tuhan telah menunjukkan jalan kepada saya. Saya bersyukur kerana dapat mengikuti program ini.
Pada hari pertama adalah ceramah tenang keusahawanan dan cara untuk mendapatkan modal.
Pada hari kedua pula, peserta dibahagikan mengikut bengkel-bengkel yang telah ditentukan. Ada lebih kurang 5 bengkel, antaranya bengkel membaik pulih telefon bimbit,simen fero,gunting rambut,menjahit manik dan asas fotografi.
Bengkel ini adalah unutk mmengajar kita bagaimana kita boleh menjadi usahawan dengan mengikuti bengkel ini dan sedikit praktikal tentang cara pembuatan bagi setiap bengkel.
Takdir telah menentukan, saya telah terpilih untuk menyertai bengkel asas fotografi.
Di bengkel ini, minda saya telah disentuh dengan bagaimana kita hendak menjadi usahawan dalam bidang fotografi. Sangat menyeronokan, dan saya akan jadikan penceramah jemputan bagi bengkel fotografi sebagai sumber rujukan saya. Dan lebih memeranjatkan, saya telah terpilih sebagai peserta paling komited dalam bengkel fotografi. Syukur kepada tuhan, mungkin ini adalah rezeki kedua saya pada masa akan datang.

Antara gambar yang sempat diambil.....

















Itulah gambar kenangan yang sempat diambil..
Kenangan yang memberi seribu pengalaman.

Sekian.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan