Isnin, 29 November 2010

KING SCOUTS TUTORIAL 2011 SERIES 1

Salam Pengakap.


Pada 26-28 November 2010, ScoutsJB telah menganjurkan Program Latihan Pengakap Raja iaitu Tutorial Pengakap Raja 2011 siri 1. Bilangan peserta yang hadir ialah seramai 19 orang. Program amat menarik dan berjalan dengan lancar. Kita menumpukan kepada kualiti yang perlu ada pada calon pengakap raja selain melatih  mereka untuk menjadi pemimpin yang disegani. Antara aktiviti yang dijalankan ialah komunikasi berkesan, dokumentasi, lisan dan temuduga, dan sebagainya.Harap para peserta tidak lemah semangat pada permulaan siri program kerana Tutorial Pengakap Raja 2011 siri 2 akan berlangsung pada 17-19 Disember 2010 bertempat di Taman Pertanian Kong kong, Pasir Gudang.Saya menjemput kepada sesiapa sahaja warga scoutsjb yang memenuhi syarat-syarat penyertaan untuk turun menimba ilmu.Bukan senang untuk mendapat peluang ini. Lagi-lagi semasa cuti sekolah, buat apa duduk di rumah sahaja, baik turun menyertai Tutorial Pengakap Raja Siri 2 untuk memenuhkan ilmu didada. Sampai disini sahaja yang dapat saya ceritakan. Sebarang masalah boleh berhubung dengan saya di 013-7991525.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan